Sebelum berkongsi pengalaman terbaru, kami ingin mengucapkan SELAMAT DATANG KE IPGM KAMPUS TEMENGGONG IBRAHIM kepada pelajar PPISMP ambilan Julai,2009. Selamat datang JUNIOR dan TAHNIAH kerana berjaya melepasi halangan-halangan untuk melangkah ke alam perguruan.Semoga kita sama-sama berjaya menjadi pendidik dan terus mendidik demi bangsa,agama dan negara, Insya-Allah. Hmm....Pada 14/7/09-17/7/09 3PPISMP PJ/BI/BM telah sama-sama menjayakan pendidikan luar di bawah tajuk Sukan dan Rekreasi Di Sedili Damai Beach Resort,Johor.Aktiviti yang di jalankan selama 4 hari, 3 malam itu melatih dan mengajar kami benyak perkara. Antara aktiviti yang dijalankan adalah :
1- Obstacle
2- Tracking
3- Merentas sungai
4- Berakit
5- Memasak
6- Malam Kebudayaan