CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS

Monday, July 6, 2009

Sehari Di Rumah Tutor...

Pada 4/7/2009, Opsyen 3ppismp PJ/BI/BM telah mengadakan majlis sambutan hari lahir bagi bulan Mac, April, Mei, Jun dan Julai di rumah tutor kami. Perjalanan yang mengambil masa lebih kurang satu jam dari Larkin ke Masai telah memberi pengalaman yang menarik dan sukar dilupakan. Walaupun sebelum bertolak kami telah dikejutkan dengan kehilangan sepotong kek yang ditempah sempena majlis tersebut. Walaubagaimanapun, ia tidak mematahkan semangat kami walaupun terserlah kekecewaan di raut wajah masing-masing. Sampai di rumah tutor kami iaitu En. Zairi Bin Husain, minum petang telah terhidang dengan sempurna bagi menyambut kedatangan kami. Sempat juga kami menikmati keindahan taman dan udara petang yang nyaman setelah selesai menjamu selera. Pada sebelah malam, kami mengadakan BBQ dan acara memotong kek. Majlis pada malam itu dimeriahkan lagi dengan kedatangan jiran tetangga tutor kami. Kami juga mengadakan beberapa jenis pertandingan untuk kanak-kanak yang ada antaranya permainan Jambatan sudah roboh dan rebut kerusi. Gotong-royong membersihkan halaman dan pinggan mangkuk turut kami uruskan selepas majlis selesai. Kemeriahan pada malam itu jelas terasa dan telah mengeratkan lagi silaturahim antara kami semua. Keesokannya, Sebelum pulang ke Kampus, kami telah mengambil gambar sabagai kenangan. Gelak tawa dan keriangan hari itu akan tersemat di sanubari kami dan menjadi permulaan bagi cabaran yang bakal kami tempuhi untuk semester ini......


Kenangan sebelum pulang


Gotong Royong...



BBQ...



Selamat Hari Lahir Kepada semua...




Petang Yang indah...





Kek yang telah di makan oleh insan yang tidak dikenali..

No comments:

Post a Comment