CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS

Sunday, July 19, 2009

Sukan Dan Rekreasi..2009




Sebelum berkongsi pengalaman terbaru, kami ingin mengucapkan SELAMAT DATANG KE IPGM KAMPUS TEMENGGONG IBRAHIM kepada pelajar PPISMP ambilan Julai,2009. Selamat datang JUNIOR dan TAHNIAH kerana berjaya melepasi halangan-halangan untuk melangkah ke alam perguruan.Semoga kita sama-sama berjaya menjadi pendidik dan terus mendidik demi bangsa,agama dan negara, Insya-Allah. Hmm....Pada 14/7/09-17/7/09 3PPISMP PJ/BI/BM telah sama-sama menjayakan pendidikan luar di bawah tajuk Sukan dan Rekreasi Di Sedili Damai Beach Resort,Johor.Aktiviti yang di jalankan selama 4 hari, 3 malam itu melatih dan mengajar kami benyak perkara. Antara aktiviti yang dijalankan adalah :

1- Obstacle
2- Tracking
3- Merentas sungai
4- Berakit
5- Memasak
6- Malam Kebudayaan


Monday, July 6, 2009

Sehari Di Rumah Tutor...

Pada 4/7/2009, Opsyen 3ppismp PJ/BI/BM telah mengadakan majlis sambutan hari lahir bagi bulan Mac, April, Mei, Jun dan Julai di rumah tutor kami. Perjalanan yang mengambil masa lebih kurang satu jam dari Larkin ke Masai telah memberi pengalaman yang menarik dan sukar dilupakan. Walaupun sebelum bertolak kami telah dikejutkan dengan kehilangan sepotong kek yang ditempah sempena majlis tersebut. Walaubagaimanapun, ia tidak mematahkan semangat kami walaupun terserlah kekecewaan di raut wajah masing-masing. Sampai di rumah tutor kami iaitu En. Zairi Bin Husain, minum petang telah terhidang dengan sempurna bagi menyambut kedatangan kami. Sempat juga kami menikmati keindahan taman dan udara petang yang nyaman setelah selesai menjamu selera. Pada sebelah malam, kami mengadakan BBQ dan acara memotong kek. Majlis pada malam itu dimeriahkan lagi dengan kedatangan jiran tetangga tutor kami. Kami juga mengadakan beberapa jenis pertandingan untuk kanak-kanak yang ada antaranya permainan Jambatan sudah roboh dan rebut kerusi. Gotong-royong membersihkan halaman dan pinggan mangkuk turut kami uruskan selepas majlis selesai. Kemeriahan pada malam itu jelas terasa dan telah mengeratkan lagi silaturahim antara kami semua. Keesokannya, Sebelum pulang ke Kampus, kami telah mengambil gambar sabagai kenangan. Gelak tawa dan keriangan hari itu akan tersemat di sanubari kami dan menjadi permulaan bagi cabaran yang bakal kami tempuhi untuk semester ini......


Kenangan sebelum pulang


Gotong Royong...



BBQ...



Selamat Hari Lahir Kepada semua...




Petang Yang indah...





Kek yang telah di makan oleh insan yang tidak dikenali..

Tahniah!

Tahniah kepada guru pelatih Opsyen Pendidikan Jasmani kerana berjaya meneruskan pengajian dalam bidang perguruan untuk semester ketiga. Tahniah juga diucapkan kepada guru pelatih bagi keputusan peperiksaan untuk semester ke-2. Pencapaian anda menunjukkan kemajuan. Selamat datang semester ke-3 dan semoga semester ini menjadi lebih bermakna untuk kita semua.

Thursday, April 30, 2009

PPISMP PJ/BI/BM

SELAMAT DATANG...

Blog Kaizen PPISMP PJ/BI/BM.. semoga blog ini memberi anda maklumat terkini dan perkembangan dari semasa ke semasa.